4 perkara.

PERHATIAN ‼️

أربعة أشياء لا تتركها طوال حياتك:

Empat perkara, jangan engkau meninggalkannya sama sekali sepanjang hayatmu,

١- لا تترك الشكر حتى لا تُحرَم الزيادة :

1.Jangan kamu tinggalkan bersyukur yang akan menyebabkan kamu akan terhindar daripada penambahan nikmat daripada Allah swt.

Kerana Allah swt telah berfirman

لئن شكرتم لأزيدنكم

“Jika kamu sungguh-sungguh bersyukur nescaya DAKU pasti dan pasti akan selalu menambahkan nikmat-Ku untuk kamu.”

٢- لا تترك ذكر الله فتُحرمَ ذِكر الله لك :

  1. Jangan kamu meninggalkan berzikir – mengingati Allah swt yang akan menyebabkan kamu akan dilupai oleh Allah swt (yakni Allah swt akan membiarkanmu dan tidak akan mempedulikanmu).

Kerana Allah swt telah berfirman

فاذكروني أذكركم”

“Lantaran itu, ingatilah DAKU, nescaya AKU akan selalu ingati kamu.”

٣- لا تترك الدعاء فتُحرم الاستجابة :

3.Jangan kamu tinggalkan berdoa yang akan menyebabkan kamu terhindar daripada penerimaan doa.

Kerana Allah swt telah berfirman

ادعوني أستجب لكم

“Berdoalah kepada-KU nescaya AKU akan menerima doamu.”

٤- لا تترك الإستغفار فتُحرم النجاة :

4.Janganlah kamu meninggalkan istighfar yang akan menyebabkan kamu tidak akan mendapat keselamatan.

Kerana Allah swt telah berfirman

وما كان الله معذبهم وهم يستغفرون”

“Allah swt sama sekali tidak akan mengazab sesuatu kaum sedangkan mereka selalu beristighfar.”

لاتنسوها أبداً ..

Janganlah kamu lupa 4 perkara ini selama-lamanya‼️

وذكِّروا بها مَن تُحبّونهم ..

Berilah peringatan tentangnya kepada orang-orang yang kamu sayangi…

Leave a Comment